Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Monday 30 September 2013

Aktiviti Pergigian Limbang September 2013

SUKAN BADMINTON 2013 ANJURAN SKRIP

                Pada 07/09/2013, Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan (SKRIP) Pejabat Pergigian Bahagian Limbang telah mengadakan Sukan Badminton di Dewan Methodist Limbang.
                Terdapat empat kategori yang dipertandingkan
·         Berugu campuran
·         Berugu lelaki
·         Berugu wanita
·         Perseorangan lelaki
                Tiga gelanggang telah digunalan oleh penganjur di dalam kejohanan ini. Sistem kiraan mata serta peraturan adalah mengikut BWF (Badminton World Federation).

                Keputusan akhir:

Kategori
Juara
Naib Juara
Saguhati
Beregu Campuran
Ra’bayah & Bodi
Azaiz & Juliza
Irwin & Yusriani
Ronny & Alina
Berugu Wanita
Yusriani & Agnes
Ra’bayah & Alina
Froline & Sarina
Winnie & Rosiah
Beregu Lelaki
Lawrance & Suhaidi
Sukardi & Mickey
Dahlan & Shuhri
Hj Mukadis & Junni
Perseorangan Lelaki
Lawrence
Aziz
Bodi


 
Perlawanan pertama dimulakan dengan perlawanan saringan pada setiap kategori

 Perlawanan akhir berlangsung secara serentak di gelanggan yang berlainan

Hadiah yang disediakan oleh SKRIP untuk pemenang perlawanan 


 
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang




Sesi bergambar pada akhir perlawanan

Program Community Trusan Bersempena Dengan Kempen Kesihatan Wanita DI Klinik Kesihatan Trusan, Lawas pada 10/09/2013


Pasukan Pergigian Bergerak Lawas yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Dr Lee Wan Jye; Pembantu Pembedahan Pergigian, Pn Doris Ak Sigat dan En Bryan Boris Ak Barauh; dan Pemandu Kenderaan Bermotor, En Andrew AK Gudang telah menyertai Program Community Trusan Bersempena Dengan Kempen Kesihatan Wanita di Klinik Kesihatan Trusan, Lawas. Pasukan Pergigian telah memberi ceramah, menjalankan pemeriksaan Gigi dan pencabutan gigi dalam program ini.




Pelancaran Hari Warga Emas Dan Kem Kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Mendalam, Limbang Pada 21/9/2013

 Pasukan Pergigian Bergerak Limbang yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Dr Wong Yiing Seng; Pembantu Pembedahan Pergigian, En Hamidon B Adi dan En Ronny Anak Bayang; dan Pemandu Kenderaan Bermotor, En Zaini Bilong telah menyertai Pelancaran Hari Warga Emas Dan Kem Kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Mendalam, Limbang. Pasukan Pergigian telah menjalankan Pemeriksaan Gigi dan Pencabutan Gigi dalam program ini.