Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Sunday, 30 June 2013

Karies Gigi

Karies gigi merupakan penyakit kerosakan gigi yang disebabkan oleh kewujudan gula dan bakteria pada permukaan gigi yang menghasilkan asid. Asid ini menyebabkan penyahmineralan dan kerosakan tisu keras seperti enamel, dentin dan simentum akibat penapaian bakteria ke atas cebisan makanan pada permukaan gigi. Penyahmineralan akan menyebabkan kelemahan tisu gigi yang seterusnya mengakibatkan lubang pada gigi.

Jika terdapat kerosakan gigi, janganlah tunggu sehingga kesakitan gigi untuk mendapatkan rawatan. Pergilah ke klinik pergigian yang terdekat untuk mendapatkan rawatan pergigian dengan segera!

No comments:

Post a Comment