Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Friday 26 July 2013

Lawatan Rombongan Timbalan Pengarah Kesihatan Neger (Pergigian) Ke Bahagian Limbang untuk MBWA, Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Perpisahan dan Majlis Serah Tugas Pegawai Pergigian Bahagian Limbang

Pada 22 Julai 2013, TPKN (Pergigian) Dr Chia Jit Chie bersama Matron Enah Jara'ee, Jururawat Pergigian U40 dan Encik Daud Arsad, Juruteknologi Pergigian U38 melawat fasiliti pergigian di Daerah Lawas.


 
rombongan TPKN(G) melawat SK Long Tuma, Lawas

Dr Chia Jit Chie, TPKN(G) memberi taklimat yang menarik di Klinik Pergigian Lawas yang bertajuk 'Thinking Out of the Box'

 
 Staf Pergigian Lawas mendengar ceramah

 Sesi dialog bersama Staf Pergigian Lawas yang diketuai Dr Chia Jit Chie, Matron Enah, Encik Daud bersama Dr Helen Ngu, Pegawai Pergigian Bahagian Limbang dan Dr Khairunnisa, Pegawai Pergigian Yang Menjaga Y/M KP Lawas

 Group photo Staf Pergigian Lawas bersama rombongan TPKN(G)

 Rombongan TPKN(G) membuat lawatan di Klinik Pergigian Lawas yang baru

 
Pada malam itu Majlis Berbuka Puasa diadakan sempena sempena Lawatan Rombongan TPKN(G), Majlis Perpisahan DDO Limbang dan Majlis Kesyukuran Kemenangan semasa Ulangtahun ke-3 Pinnacle 2020 di Sibu.

 penyampaian cenderahati daripada Dr Wong Yiing Seng, Pegawai Pergigian Bahagian Limbang yang baru kepada Dr Helen Ngu, Pegawai Pergigian Bahagian Limbang yang akan berpindah keluar pada bulan August

Pada keesokan harinya pada 23 Julai 2013, Rombongan TPKN(G) membuat lawatan ke fasiliti pergigian di Daerah Limbang

 
 Rombongan TPKN(G) melawat SK Melayu Pusat Limbang yang merupakan Johan Anugerah Dendrobium (Best Primary Dental School Clinic) di Sarawak

 Rombongan TPKN(G) melawat SK Bandar Limbang

 Rombongan TPKN(G) melawat SJKC Chung Hwa Limbang

 Rombongan TPKN(G) melawat Klinik Pergigian Besar Limbang yang memenangi tempat ke-3 dalam Anugerah Acrophygas (Best Main Dental Clinic) di Sarawak

Semua Staf Pergigian Limbang berkumpul di Pejabat Pergigian Bahagian Limbang

Dr Chia Jit Chie memberi taklimat yang mencabar diri iaitu 'Raising the Bar'

 Sesi dialog bersama Staf Pergigian Limbang

 Sesi sain nota serah tugas Pegawai Pergigian Bahagian Limbang yang disahkan dan disaksikan oleh Dr Chia Jit Chie dan Matron Bernadette, Penyelia Jururawat Pergigian Limbang

Majlis Penyerahan Tugas daripada Dr Helen Ngu, Pegawai Pergigian Bahagian Limbang kepada Dr Wong Yiing Seng, Pegawai Pergigian Bahagian Limbang yang baru yang disaksikan oleh Dr Chia Jit Chie

2 comments:

  1. Thinking Out of the Box....same topic Dr.Chia gave when he MBWA KP Bintulu :)

    ReplyDelete