Pejabat
Kesihatan Bahagian telah mengadakan Kem Kesihat ‘I WANT SIHAT’, Pejabat
Pergigian Bahagian Limbang telah dijemput untuk bersama menjayakan program
tersebut.
Pasukan Bergerak Pergigian Daerah
Lawas telah menyertai program tersebut yang berlangsung di Kampung Tang Sango A,
Lawas bermula 16 Julai dan berakhir pada 17 Julai 2013. Pameran Pergigian dan
“Tooth Brushing Drill” telah diadakan dengan sambutan yang baik.
Pada 02 Ogos 2013, Pasukan Bergerak Pergigian
Daerah Limbang telah melaksanakan pameran pergigian, pemeriksaan gigi dan “Oral
Cancer Screening” semasa kem kesihatan ‘I WANT SIHAT’ di Kampung Pangkalan
Jawa, Limbang.
Anggota Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Lawas
yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di Kampung Tang Sango A,
Lawas, Jururawat Pergigian, Puan Doreen; Pegawai Pergigian, Dr Johnathan Lin;
dan Pembantu Pembedahan Pergigian, Puan Doris (dari kiri)
Pegawai Pergigian, Dr Johnathan sedang memberi
penjelasan tentang tabiat merokok semasa pameran pergigian di Kampung Tang
Sango A, Lawas
Jururawat Pergigian, Puan Doreen sedang menunjuk
cara berkesan memberus gigi kepada pelajar sekolah rendah di Kampung Tang Sango
A, Lawas
Anggota Pasukan Bergerak
Pergigian Daerah Limbang yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di
Kampung Pangkalan Jawa, Limbang, Pemandu Kenderaan, En Mansur; Pembantu
Pembedahan Pergigian, Cik Stephanie; Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak;
Jururawat Pergigian, Puan Winnie; Jururawat Pergigian, Puan Monica; dan
Pembantu Pembedahan Pergigian, En Ronny (dari kiri)
Poster-poster telah disediakan oleh Jururawat
Pergigian, Puan Winnie dan Puan Monica untuk pameran pergigian di Kampung
Pangkalan Jawa, Limbang
Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak sedang
membuat pemeriksaan gigi dan “Oral Cancer Screening” di Kampung Pangkalan Jawa,
Limbang