Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Wednesday 7 August 2013

TPKN (Pergigian) Sarawak Hari Raya Greetings


Dr Chia Jit Chie, TPKN (Pergigian) Sarawak ingin merakamkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada semua warga Kesihatan Pergigian Sarawak!
Wishing you a joyous celebration

Tuesday 6 August 2013

Kem Kesihatan 'I WANT' Bahagian Limbang 17.07.2013 dan 02.08.2013

Pejabat Kesihatan Bahagian telah mengadakan Kem Kesihat ‘I WANT SIHAT’, Pejabat Pergigian Bahagian Limbang telah dijemput untuk bersama menjayakan program tersebut.

            Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Lawas telah menyertai program tersebut yang berlangsung di Kampung Tang Sango A, Lawas bermula 16 Julai dan berakhir pada 17 Julai 2013. Pameran Pergigian dan “Tooth Brushing Drill” telah diadakan dengan sambutan yang baik. 

            Pada 02 Ogos 2013, Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Limbang telah melaksanakan pameran pergigian, pemeriksaan gigi dan “Oral Cancer Screening” semasa kem kesihatan ‘I WANT SIHAT’ di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang.

 Anggota Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Lawas yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di Kampung Tang Sango A, Lawas, Jururawat Pergigian, Puan Doreen; Pegawai Pergigian, Dr Johnathan Lin; dan Pembantu Pembedahan Pergigian, Puan Doris (dari kiri)
 
 Pegawai Pergigian, Dr Johnathan sedang memberi penjelasan tentang tabiat merokok semasa pameran pergigian di Kampung Tang Sango A, Lawas


 Jururawat Pergigian, Puan Doreen sedang menunjuk cara berkesan memberus gigi kepada pelajar sekolah rendah di Kampung Tang Sango A, Lawas

 Anggota Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Limbang yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang, Pemandu Kenderaan, En Mansur; Pembantu Pembedahan Pergigian, Cik Stephanie; Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak; Jururawat Pergigian, Puan Winnie; Jururawat Pergigian, Puan Monica; dan Pembantu Pembedahan Pergigian, En Ronny (dari kiri)


 
 Poster-poster telah disediakan oleh Jururawat Pergigian, Puan Winnie dan Puan Monica untuk pameran pergigian di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang

 Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak sedang membuat pemeriksaan gigi dan “Oral Cancer Screening” di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang