Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Monday, 30 September 2013

Aktiviti Pergigian Limbang September 2013

SUKAN BADMINTON 2013 ANJURAN SKRIP

                Pada 07/09/2013, Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan (SKRIP) Pejabat Pergigian Bahagian Limbang telah mengadakan Sukan Badminton di Dewan Methodist Limbang.
                Terdapat empat kategori yang dipertandingkan
·         Berugu campuran
·         Berugu lelaki
·         Berugu wanita
·         Perseorangan lelaki
                Tiga gelanggang telah digunalan oleh penganjur di dalam kejohanan ini. Sistem kiraan mata serta peraturan adalah mengikut BWF (Badminton World Federation).

                Keputusan akhir:

Kategori
Juara
Naib Juara
Saguhati
Beregu Campuran
Ra’bayah & Bodi
Azaiz & Juliza
Irwin & Yusriani
Ronny & Alina
Berugu Wanita
Yusriani & Agnes
Ra’bayah & Alina
Froline & Sarina
Winnie & Rosiah
Beregu Lelaki
Lawrance & Suhaidi
Sukardi & Mickey
Dahlan & Shuhri
Hj Mukadis & Junni
Perseorangan Lelaki
Lawrence
Aziz
Bodi


 
Perlawanan pertama dimulakan dengan perlawanan saringan pada setiap kategori

 Perlawanan akhir berlangsung secara serentak di gelanggan yang berlainan

Hadiah yang disediakan oleh SKRIP untuk pemenang perlawanan 


 
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang




Sesi bergambar pada akhir perlawanan

Program Community Trusan Bersempena Dengan Kempen Kesihatan Wanita DI Klinik Kesihatan Trusan, Lawas pada 10/09/2013


Pasukan Pergigian Bergerak Lawas yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Dr Lee Wan Jye; Pembantu Pembedahan Pergigian, Pn Doris Ak Sigat dan En Bryan Boris Ak Barauh; dan Pemandu Kenderaan Bermotor, En Andrew AK Gudang telah menyertai Program Community Trusan Bersempena Dengan Kempen Kesihatan Wanita di Klinik Kesihatan Trusan, Lawas. Pasukan Pergigian telah memberi ceramah, menjalankan pemeriksaan Gigi dan pencabutan gigi dalam program ini.




Pelancaran Hari Warga Emas Dan Kem Kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Mendalam, Limbang Pada 21/9/2013

 Pasukan Pergigian Bergerak Limbang yang terdiri daripada Pegawai Pergigian, Dr Wong Yiing Seng; Pembantu Pembedahan Pergigian, En Hamidon B Adi dan En Ronny Anak Bayang; dan Pemandu Kenderaan Bermotor, En Zaini Bilong telah menyertai Pelancaran Hari Warga Emas Dan Kem Kesihatan di Klinik Kesihatan Kuala Mendalam, Limbang. Pasukan Pergigian telah menjalankan Pemeriksaan Gigi dan Pencabutan Gigi dalam program ini.



Saturday, 7 September 2013

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pergigian Limbang

Pada 22/08/2013 Klinik Pergigian Lawas telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Perpisahan untuk Dr Khairunnisa Bt Nasir, Pegawai Pergigian YM KP Lawas dan KJT Sapian b Madzhi yang masing-masing akan berpindah ke Sibu dan Kuching, dan Majlis Serahan tugas Pegawai Pergigian Yang Menjaga KP Lawas kepada Dr Lee Wan Jye



Dr Khairunnisa dan KJT Sapian memberi sepatah dua kata

Staf Pergigian Lawas menikmati slideshow yang memaparkan foto-foto semasa Dr Khairunnisa bertugas di KP Lawas




Pencapaian Cenderahati

Majlis penyerahan Tugas YM KP Lawas


Jamuan yang disediakan Staff KP Lawas

Pada 30/08/2013 Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Jadi Staff  Julai-September dan Majlis Perpisahan Dr Yusriani bt Yusof dan KJT Sapian b Madzhi yang akan berpindah ke Johor dan Kuching masing-masing.

 Ucapan daripada DDO Limbang Dr Wong Yiing Seng

Ucapan Dr Yusriani Yusof

Ucapan KJT Sapian


Penyampaian Cenderahati



Sambutan Hari Jadi Staf Pergigian Limbang Julai - September


Staf bersalaman sebelum menjamu selera


Sesi Karaoke sebelum sesi kibarlah Jalur Gemilang


Pegawai Pergigian Limbang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan sempena bulan Ogos

Wednesday, 7 August 2013

TPKN (Pergigian) Sarawak Hari Raya Greetings


Dr Chia Jit Chie, TPKN (Pergigian) Sarawak ingin merakamkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada semua warga Kesihatan Pergigian Sarawak!
Wishing you a joyous celebration

Tuesday, 6 August 2013

Kem Kesihatan 'I WANT' Bahagian Limbang 17.07.2013 dan 02.08.2013

Pejabat Kesihatan Bahagian telah mengadakan Kem Kesihat ‘I WANT SIHAT’, Pejabat Pergigian Bahagian Limbang telah dijemput untuk bersama menjayakan program tersebut.

            Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Lawas telah menyertai program tersebut yang berlangsung di Kampung Tang Sango A, Lawas bermula 16 Julai dan berakhir pada 17 Julai 2013. Pameran Pergigian dan “Tooth Brushing Drill” telah diadakan dengan sambutan yang baik. 

            Pada 02 Ogos 2013, Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Limbang telah melaksanakan pameran pergigian, pemeriksaan gigi dan “Oral Cancer Screening” semasa kem kesihatan ‘I WANT SIHAT’ di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang.

 Anggota Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Lawas yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di Kampung Tang Sango A, Lawas, Jururawat Pergigian, Puan Doreen; Pegawai Pergigian, Dr Johnathan Lin; dan Pembantu Pembedahan Pergigian, Puan Doris (dari kiri)
 
 Pegawai Pergigian, Dr Johnathan sedang memberi penjelasan tentang tabiat merokok semasa pameran pergigian di Kampung Tang Sango A, Lawas


 Jururawat Pergigian, Puan Doreen sedang menunjuk cara berkesan memberus gigi kepada pelajar sekolah rendah di Kampung Tang Sango A, Lawas

 Anggota Pasukan Bergerak Pergigian Daerah Limbang yang telah menyertai Kem Kesihatan “I WANT SIHAT” di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang, Pemandu Kenderaan, En Mansur; Pembantu Pembedahan Pergigian, Cik Stephanie; Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak; Jururawat Pergigian, Puan Winnie; Jururawat Pergigian, Puan Monica; dan Pembantu Pembedahan Pergigian, En Ronny (dari kiri)


 
 Poster-poster telah disediakan oleh Jururawat Pergigian, Puan Winnie dan Puan Monica untuk pameran pergigian di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang

 Pegawai Pergigian, Dr Wong Fui Jak sedang membuat pemeriksaan gigi dan “Oral Cancer Screening” di Kampung Pangkalan Jawa, Limbang