Greetings!

Welcome to our official website of the dental department of Sarawak. We will be using this blogsite to update all of you with the current happenings, events, updates, news and information of what is going on around our dental department in the state. Please come and visit us often and do feel free to drop us any comments.

Sunday 16 June 2013

Sukaneka Anjuran Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan (SKRIP) Pejabat Pergigian Bahagian Limbang pada 15 Jun 2013

Kelab Sukan, Rekreasi & Kebajikan (SKRIP) PPB Limbang telah menganjurkan Sukaneka antara Jabatan pada 15 Jun 2013 di Kompleks Sukan Limbang. Terdapat 7 pasukan yang terdiri daripada PPB Limbang/ Dental Office, KP Limbang, MUSB Limbang, Lab Hospital Limbang, SK Melayu Pusat Limbang, Farmasi Limbang & PKB Limbang. Terdapat 10 acara untuk dewasa dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak pra-tadika, Tahap 1 dan Tahap 2. Juga terdapat jualan minuman dan makanan oleh SKRIP dan cabutan bertuah.

 Sukaneka dimulakan dengan aktiviti aerobik yang cukup rancak dan diketuai oleh 3 wakil dari Fisiotherapy Hospital Limbang


Kanak-kanak dari SK Melayu Pusat dan anak-anak peserta semasa pertandingan mewarna

 Salah satu acaranya ialah mengisi air ke dalam botol menggunakan tangan dan berselang-seli antara 4 peserta dalam setiap pasukan

 Penyampaian hadiah oleh Pengerusi SKRIP kepada Juara iaitu Pasukan Makmal Hospital Limbang dengan jumlah 56 markah. Hadiahnya Sijil dan Wang Tunai RM150.

Pasukan PPB Limbang/ Dental Office Limbang telah mendapat tempat ke-2 dengan markah 50, seri dengan pasukan Farmasi Hospital Limbang. Hadiah tempat ke-2 ialah Sijil dan Wang Tunai RM75

Pasukan Klinik Pergigian Limbang telah berjaya mendapat saguhati dan memenangi Sijil serta Hamper.

No comments:

Post a Comment